Ayam Goreng Madu

Resepi Ayam Goreng Madu yang mudah dan sedap, pastinya menjadi kegemaran.

Bahan-bahan

  • 8 ketul ayam (direbus)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 6 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu

Cara-cara memasak

  1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak dan asingkan.
  2. Kemudian, dalam mangkuk yang besar, campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam dan gaul sehingga rata.
  3. Sesudah rata, perapkan ayam dalam peti ais selama 2 jam.
  4. Bila sedia untuk masak, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Diingatkan supaya tidak masak terlalu lama sebab ayam sudah separuh masak.
  5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

 

Resepi di inspirasikan oleh anasuhana.com