Resepi Kuah Kacang Sedap

Resepi kuah kacang yang sedap dan agak mudah, sesuai untuk dimakan bersama nasi impit, satay atau lontong!

Bahan-Bahan:

  • 1kg kacang tanah
  • 15 biji cili kering, (buang bijidan dikisar halus)
  • 2 keping gula melaka
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • Garam
  • Bahan untuk dihiris nipis:
    • 14 biji bawang merah
    • 7 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

  1. Mulakan dengan menggoreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan bila sudah sejuk kisar kasarkacang tersebut.
  2. Kemudian, gorengkan bahanbahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Selesai angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  3. Di dalam kuali besar, panaskan minyak dalam3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Gorengkan sekali sehingga cili masak pecah minyak.
  4. Seterusnya, masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa.
  6. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
  7. Bila kuah menjadi pekat, siap untuk dihidangkan.

Resepi diinspirasikan oleh Che' Nom melalui resepichenom.com