Resepi Sambal Ayam Penyet

Resepi sambal ayam penyet pedas dan menyelerakan!

Bahan-bahan

  • 9 biji cili merah
  • 45 biji cili padi
  • 3 biji tomato
  • 4-6 biji bawang merah (saiz sederhana)
  • 5 ulas bawang putih
  • Belacan

Cara Memasak

  1. Bersihkan semua bahan (kecuali belacan) dan potong kecil.
  2. Panaskan minyak didalam kuali dan gorengkan bahan yang dipotong tadi satu persatu. Gorengkan tomato iakhir sekali kerana ia lembik dan berair.
  3. Selepas goreng, tumbukkan semua bahan tadi kasar-kasar
  4. Kemudian, panaskan minyak dan goreng belacan.  Seterusnya masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng sekali.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga pecah minyak.
  6. Setelah siap, angkat dan seida untuk makan.

Resepi inspirasi dari rasa.my